Jokowi tersenarai 50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia bagi 2023 - Utusan Malaysia

Jokowi tersenarai 50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia bagi 2023

JOKO Widodo berjabat tangan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky ketika beliau berkunjung ke Kyiv pada Jun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menduduki tempat ke-13 dalam senarai 50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia bagi 2023 berdasarkan The Royal Islamic Strategic Studies Centre (TRISC).

Menurut TRISC, senarai itu dikeluarkan berdasarkan pengaruh dan sumbangan para pemimpin dalam perkembangan Islam di seluruh dunia.

“Pengaruh merupakan kekuatan yang dimiliki pemimpin, sama ada menerusi budaya, ideologi, kewangan, politik atau hal-hal lain.

“Pengaruh yang baik itu pula digunakan untuk perkembangan dan masyarakat Islam di seluruh dunia,” jelas TRISC seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Menerusi buku berjudul ‘The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims 2023’, Jokowi disebut sebagai pemimpin negara negara yang ‘menguasai lapan warisan dunia’.

Selain itu, Jokowi juga diperkenalkan sebagai pemimpin yang mempunyai 78 juta pengikut dalam media sosial, sekali gus menunjukkan pengaruhnya dalam masyarakat, terutamanya rakyat Indonesia.

TRISC turut menyifatkan Jokowi sebagai pemimpin dengan profil ‘politik bersih’.

“Beliau menempa nama sebagai pemimpin Islam yang baik menerusi profil politik yang bersih,” jelas badan tersebut.

Jokowi mula tersenarai sebagai 50 pemimpin Islam terbaik dunia sejak 2014 dan pernah berada di kedudukan ke-11.

Tempat pertama senarai itu menjadi milik Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud, tempat kedua adalah pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan ketiga, Emir qatar, Sheikh Tamim Hamid al-Thani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya