Jokowi jadi pilihan bantu isu keamanan dunia - Utusan Malaysia

Jokowi jadi pilihan bantu isu keamanan dunia

JOKO Widodo sering menerima pelawaan negara besar untuk terlibat membantu isu keamanan dunia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Banyak negara-negara besar dilaporkan sering memohon bantuan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) untuk membantu mereka dalam isu berkaitan keamanan dunia.

Perkara itu disahkan Menteri Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan ketika berucap dalam program #DemiIndonesia di Jakarta kelmarin.

Luhut berkata, beliau melihat perkara itu sebagai sesuatu yang luar biasa dan amat membanggakan.

“Kebetulan saya yang membantu tentang urusan itu. Negara-negara yang kita lihat sangat besar itu, minta bantuan daripada Jokowi dan menghantar utusan itu kepada saya.

“Jokowi dulunya seorang tukang kayu dan inilah misteri dalam kehidupan jadi kita jangan pernah meremehkan orang kerana setiap orang tidak pernah tahu apa akan terjadi di masa depan,” jelasnya.

Luhut juga menekankan kepentingan bersikap jujur sebagai kunci untuk mendapatkan kepercayaan daripada pihak lain.

“Anda perlu cekal, berpengetahuan dan berhati mulia. Itu sebabnya jika negara kita ini jujur pasti akan dihormati orang,” ujarnya.

Menurut portal berita CNN Indonesia, Luhut merupakan antara orang kepercayaan Jokowi bagi mengurusi beberapa hal selain kementerian yang diterajuinya.

Luhut juga merupakan antara yang bertanggungjawab menguruskan isu Covid-19 di wilayah Jawa dan Bali selain memegang beberapa jawatan lain termasuk Ketua Komiti Kereta Api Laju Jakarta-Bandung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya