‘Jika salah pilih juruterbang, terhempaslah pesawat itu’

‘Jika salah pilih juruterbang, terhempaslah pesawat itu’

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyifatkan pilihan raya presiden (pilpres) sama seperti memilih calon juruterbang untuk menerbangkan pesawat.

Jokowi juga menyamakan masyarakat yang memilih sebagai penumpang pesawat berkenaan.

“Terdapat dua calon juruterbang dengan calon pertama memaklumkan, jika dia terpilih, dia akan mematuhi peraturan penerbangan antarabangsa dan terbang pada ketinggian 30,000 kaki.

“Calon juruterbang kedua pula memberitahu, semua penumpang akan diberikan tempat duduk dalam kelas perniagaan dan diskaun tiket sekiranya dia dipilih.

“Saya pasti, dalam situasi ini, pasti ramai penumpang akan memilih calon juruterbang kedua kerana mereka akan mendapat diskaun tiket penerbangan,” katanya.

Namun, Jokowi mengingatkan masyarakat bahawa jangan terburu-buru memilih calon dengan tawaran yang tidak masuk akal.

“Jangan pilih calon guna emosi, sebaliknya gunalah akal fikiran. Jika tersalah pilih juruterbang, maka terhempaslah pesawat itu.

“Memang tawaran yang dibuat calon juruterbang kedua itu menarik, namun fikirkan, adakah tawaran itu benar-benar masuk akal?,” Soalnya.

Jokowi menyimpulkan, masyarakat tidak seharusnya memilih calon presiden dan timbalan presiden dengan sewenang-wenangnya.

Tegasnya, tidak salah mempunyai calon pilihan, namun banyak aspek yang perlu dinilai dan diperhatian sebelum hari pemilihan berlangsung.

“Saya yakin, semau parti politik akan menampilkan calon mereka yang paling layak untuk merebut jawatan penting tersebut.

“Namun, perlu dinasihatkan, janganlah tawarkan bulan dan bintang kepada rakyat demi meraih undian semata-mata kerana akhirnya, rakyat yang terima kesan dan negara kita juga hancur.

“Segala tawaran, janji dan kepercayaan yang ditabur perlulah selaras dengan situasi semasa dan berdepanlah dengan kenyataan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN