Jerman benarkan penggunaan ganja untuk rekreasi

Jerman benarkan penggunaan ganja untuk rekreasi

ORANG dewasa di Jerman turut dibenarkan memiliki 30 gram ganja untuk penggunaan sendiri. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Kerajaan gabungan Jerman bersetuju dengan rancangan untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi dalam kalangan orang dewasa di negara ini.

Orang ramai juga dibenarkan memiliki sehingga 30 gram ganja untuk penggunaan persendirian, manakala premis perniagaan dan farmasi berlesen akan menjual bahan tersebut.

Namun, rancangan itu belum mendapat kelulusan Parlimen, tapi sudah menerima ‘lampu hijau’ daripada Suruhanjaya Eropah.

Menteri Kesihatan Jerman, Karl Lauterbach berkata, rancangan itu bakal dikuatkuasa menjadi undang-undang pada 2024.

Setakat ini, hanya Malta yang membenarkan ganja untuk rekreasi di Kesatuan Eropah (EU).

Belanda pula enggan mengikuti langkah Jerman, sebaliknya hanya membenarkan penjualan ganja dalam kuantiti kecil di kafe.

Selain itu, Jerman turut merancang untuk membenarkan penanaman tiga tanaman ganja di rumah bagi setiap individu dewasa.

Rancangan tersebut terkandung dalam manifesto kerajaan gabungan yang diwakili oleh Social Democrats (SPD) dengan Greens dan Free Democrats.

Kanada dan Uruguay juga sebelum ini membenarkan ganja untuk rekreasi.

Di Amerika Syarikat (AS) pula, sebanyak 37 negeri dan Washington membenarkan ganja bagi tujuan perubatan, manakala 19 negeri lagi meluluskan penggunaan bahan tersebut untuk rekreasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN