Jemaah umrah Malaysia alami sesak nafas serius diselamatkan di Mekah - Utusan Malaysia

Jemaah umrah Malaysia alami sesak nafas serius diselamatkan di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Pasukan perubatan Hospital Kecemasan Ajyad, berhampiran Masjidilharam di Mekah menyelamatkan nyawa seorang jemaah umrah dari Malaysia berusia 72 tahun selepas mengalami radang paru-paru dan kegagalan pernafasan ketika menunaikan ibadah umrah.

Jurucakap Kluster Kesihatan Mekah, Hatem Al-Masoudi, berkata pasukan kecemasan pantas dari hospital itu menangani kes berkenaan dengan cepat apabila pesakit dipindahkan ke hospital dan memberikan pertolongan cemas tanpa sebarang kelewatan.

Memetik laporan Saudi Gazette, pesakit segera dipasangkan alat bantuan pernafasan atau ventilator sehingga keadaannya stabil dan akan terus dipantau dari semasa ke semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya