Indonesia mungkin ambil tindakan undang-undang terhadap dua syarikat hasilkan ubat beracun - Utusan Malaysia

Indonesia mungkin ambil tindakan undang-undang terhadap dua syarikat hasilkan ubat beracun

PIHAK berkuasa Indonesia tidak teragak-agak kenakan tindakan undang-undang terhadap dua syarikat farmaseutikal yang hasilkan produk beracun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Agensi makanan dan ubatan Indonesia (BPOM) tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua syarikat farmaseutikal yang menghasilkan produk dikaitkan dengan kes kecederaan buah pinggang akut (AKI).

BPOM menegaskan perkara itu ketika kes kematian dilaporkan terus meningkat dalam kalangan kanak-kanak di Indonesia.

Setakat ini, pihak berkuasa kesihatan Indonesia melarang sementara penjualan beberapa ubat berasaskan sirap, selain mengesan kehadiran etilena glikol dan dietilena glikol dalam sejumlah produk yang berkemungkinan menjadi punca kematian 141 kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak yang meninggal dunia berusia bawah lima tahun.

Ketua BPOM, Penny K Lukito berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis bagi menyiasat dua syarikat berkenaan bagi tujuan prosiding jenayah berhubung produk yang dikeluarkan.

Namun, Penny tidak mendedahkan nama kedua-dua syarikat berkenaan.

“Terdapat indikasi dalam produk mereka iaitu tahap kepekatan yang didakwa sangat berlebihan dan disyaki mengakibatkan kecederaan buah pinggang,” katanya.

Kes tersebut melonjak dari Ogos hingga Oktober.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin memaklumkan, peningkatan kes mungkin disebabkan perubahan bahan mentah dalam ubatan yang dihasilkan.

Katanya, kebanyakan bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan ubatan di negara ini diimport dari India dan China. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya