Imam terkemuka Britain 'disingkir' selepas nyanyi 'God Save the King'

Imam terkemuka Britain ‘disingkir’ selepas nyanyi ‘God Save the King’

MOHAMMED Mahmoud menerima anugerah Officer of the Order of the British Empire (OBE) atas tindak balas menenangkan kumpulan perusuh daripada menyerang Darren Osborne. - PA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang imam terkemuka di Britain ‘diketepikan’ oleh pihak pengurusan atasan hanya kerana menghadiri sebuah majlis yang mana lagu kebangsaan baharu negara itu dinyanyikan.

Lapor Daily Mail, imam Mohammed Mahmoud dimaklumkan bahawa dia tidak lagi dibenarkan mengimamkan solat di Masjid East London.

Menurut sumber rapat, pihak atasan masjid tidak menggantung jawatan Mohammed secara rasmi namun hanya memberitahu untuk tidak mengimamkan solat lima waktu di masjid berikutan bimbang mungkin diserang.

Malah, pihak atasan masjid juga membawa panel ulama Islam untuk membuat keputusan mengenai isu itu.

Imam itu dikenakan tindakan demikian selepas menyampaikan ucapan di hadapan sekumpulan individu yang menyanyikan God Save The King dan megibar bendera Union Jacks.

Mohammed menjadi terkenal ketika beliau merupakan imam di Masjid Finsbury Park di London Utara.

Pada 2017, Mohammed pernah menghalang sekumpulan perusuh daripada menyerang pemandu van, Darren Osborne yang merempuh jemaah masjid selepas solat Tarawih di London sehingga menyebabkan seorang terbunuh.

Mohammed menerima anugerah Officer of the Order of the British Empire (OBE) atas tindak balas terhadap serangan itu.

Pada 2019, Mohammed dilantik sebagai imam kanan di Masjid East London di Tower Hamlets, antara tempat ibadat Islam terbesar di negara itu.

Pertikaian semasa itu timbul selepas beliau menjadi antara penceramah utama pada majlis memperingati Ratu Elizabeth II di Masjid Regent’s Park pada 15 September lalu, seminggu selepas kemangkatan baginda.

Kumpulan itu termasuk puluhan pelajar sekolah Islam menyanyikan lagu God Save The King sambil melambai bendera Union Jacks.

Rakaman video itu tular dalam media sosial dan menerima kecaman hebat daripada rata-rata jemaah dan komuniti Islam.

Malah, Mohammed dikutuk oleh penganut Islam dalam beberapa kumpulan WhatsApp termasuk sebuah lagi dikenali sebagai Our Tower Hamlets.

Ada segelintir menyindir sambil menggelar imam itu `pelawak’ manakala yang lain pula mendesak beliau dipecat segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya