Hujan lebat cetus gangguan perjalanan di selatan England - Utusan Malaysia

Hujan lebat cetus gangguan perjalanan di selatan England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perkhidmatan komuter dilaporkan mengalami gangguan selepas rel kereta api dan jalan-jalan dinaiki air ekoran hujan lebat yang melanda selatan England.

Cuaca lembap menyebabkan sebahagian besar kawasan di selatan England berdepan gangguan perkhidmatan pengangkutan dengan sebuah pub di Croydon di selatan London hampir musnah dipukul ribut kuat seakan puting beliung.

Menurut portal Daily Mail, orang ramai di timur Croydon terperangkap dalam hujan lebat dan angin ribut hampir menerbangkan barang-barang peribadi mereka.

Di barat London, ribut kencang menyebabkan sebatang pokok di kawasan jalan di Shepherd’s Bush tumbang hingga menggangu lalu lintas.

Lapangan terbang Heathrow dilaporkan turut mengalami gangguan dan Great Western Railway memberi amaran berlaku gangguan perjalanan di Reading ekoran masalah pendawaian.

Jabatan Metereologi memberi amaran berlaku banjir, ribut petir, hujan batu dan angin kencang di utara dan selatan England.

Pengangkutan juga dikhuatiri terjejas, termasuk kemungkinan penutupan jalan dan pembatalan perkhidmatan kereta api

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN