Emak hempas batu pada kepala anak kerana kerap mencuri

Emak bunuh anak guna cangkul, batu kerana kerap mencuri

POLIS melihat lokasi pembunuhan mangsa yang dibunuh oleh ibunya sendiri di Sragen. -TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Seorang wanita membunuh anaknya dengan cangkul dan bongkah batu kerana berasa malu dengan mangsa yang sering mencuri di kawasan perumahannya di Sragen. 

Lapor Tribunnews, mangsa, 42, dibunuh ketika sedang nyenyak tidur di beranda rumahnya di Desa Sidoharjo. 

Wanita berusia 64 tahun itu menyerang mangsa dengan cangkul dan menghempas sebongkah batu sehingga mangsa tidak sedarkan diri.  

Akibat serangan itu, mangsa maut akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. 

Lelaki itu disahkan meninggal dunia dalam keadaan mengerikan berlumuran darah.  

Tertuduh kemudian mengikat mayat mangsa dan membungkusnya dengan tikar. 

Pegawai Perhubungan Awam Polis Sragen, Ari Pujiantoro berkata, wanita itu sempat meminta bantuan penduduk kampung setelah membunuh anaknya sendiri. 

Katanya, suspek malah meminta bantuan orang lain untuk membuang mayat anaknya ke dalam sungai. 

“Penduduk kampung menolak permintaan wanita itu dan terus membuat laporan polis,” katanya.  

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Moewardi Solo untuk dibedah siasat. 

Suspek diberkas pihak polis dan beberapa barang bukti seperti ketulan batu, cangkul yang sudah patah, dua telefon bimbiti turut dirampas.  

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.