Dua penduduk Palestin maut ditembak Israel di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Dua penduduk Palestin maut ditembak Israel di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Tentera Israel menembak mati dua penduduk Palestin termasuk remaja berusia 14 tahun dalam dua insiden berasingan di Tebing Barat.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan, Adel Dawoud, 14, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepalanya.

Adel ditembak di bahagian kepala oleh tentera Israel di Qalqilya, utara Tebing Barat.

Jelas kenyataan itu, seorang lagi penduduk Palestin ditembak mati berhampiran bandar Ramallah.

Dalam pada itu, tentera Israel memaklumkan pasukan tenteranya di Qalqilya melepaskan tembakan ke arah seorang suspek yang melemparkan bom molotov ke arah mereka.

Penduduk Palestin berkumpul hampir setiap Jumaat di beberapa bahagian Tebing Barat untuk membantah penjajahan Israel di wilayah itu sejak Perang Enam Hari 1967.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan, petugas perubatan merawat seramai 50 orang yang terkena gas pemedih mata, peluru bersalut getah atau dipukul di kawasan barat laut Ramallah.

Tentera Israel pula berkata, pasukan keselamatan bertindak balas terhadap `rusuhan ganas’ di kawasan itu yang mana seorang askar cedera ringan akibat terkena batu yang dibaling.

“Pasukan tentera bertindak balas menggunakan peralatan anti rusuhan untuk memulihkan keadaan.

“Kami juga melepaskan tembakan ke arah dua petunjuk perasaan selepas serangan dilakukan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya