Dibanjiri pendatang, New York isytihar darurat      - Utusan Malaysia

Dibanjiri pendatang, New York isytihar darurat     

LIMA hingga enam bas yang membawa pendatang tiba di New York City hampir setiap hari sejak September lalu. - AFP    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Datuk Bandar New York City, Eric Adams mengisytiharkan darurat untuk menangani krisis pendatang yang melanda bandar raya itu pada ketika ini.

Memetik laporan BBC, lebih 17,000 pendatang tiba di bandar raya itu dari sempadan selatan sejak April lalu.

Menurut Adams, kira-kira lima hingga enam bas yang membawa kumpulan pendatang itu tiba di bandar berkenaan hampir setiap hari sejak September lalu.

Malah, katanya, satu daripada lima orang yang ketika ini menetap di pusat perlindungan bandar tersebut merupakan pencari suaka.

Jelas Adams, ramai pendatang yang tiba di bandar raya itu terdiri daripada keluarga mempunyai kanak-kanak bersekolah dan memerlukan rawatan perubatan yang serius.

Beliau berkata, kebanjiran golongan pendatang itu ke New York bakal menelan perbelanjaan sebanyak AS$1 bilion (RM4.64 bilion) pada tahun fiskal ini.   

Susulan itu, Adams memohon kerajaan Persekutuan dan negeri memperuntukan dana tambahan. 

“Penduduk New York marah malah saya juga berasa amat bimbang, kami tidak pernah meminta krisis seperti ini.

“Bandar ini akan kehabisan dana untuk menampung keutamaan lain, ketika ini pihak pentadbiran sedang melakukan sedaya yang termampu.

“Namun, kami bimbang ia sedang mencapai had luar keupayaan kami untuk membantu,” katanya dalam sidang akhbar.   

Dilaporkan, beberapa negeri pimpinan parti Republikan seperti Texas, Arizona dan Florida sudah menghantar golongan pendatang ke kawasan Demokrat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN