Curi wang makanan: Pengetua tadika dipenjara 50 tahun - Utusan Malaysia

Curi wang makanan: Pengetua tadika dipenjara 50 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Mahkamah jenayah Thailand menjatuhkan hukuman penjara selama 50 tahun terhadap seorang bekas pengetua tadika di wilayah Surat Thani kerana didapati bersalah atas tuduhan rasuah membabitkan makanan tengahari kanak-kanak.

Lapor thethaiger.com, Somchaow Sittichen mengaku mencuri wang makanan kanak-kanak itu dan hanya menghidangkan mi kosong dengan sos ikan kepada mereka untuk hidangan tengahari.

Mahkamah mendapati Somchaow bersalah atas 77 pertuduhan rasuah yang masing-masing membawa hukuman penjara selama lima tahun.

Pada mulanya, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 385 tahun ke atas bekas pengetua tadika itu.

Bagaimanapun, berdasarkan Seksyen 91 (3) kanun keseksaan, hukuman penjara sebenar Somchaow tidak boleh melebihi tempoh 50 tahun. 

Di bawah undang-undang Thailand, mana-mana individu didapati bersalah atas beberapa pertuduhan jenayah yang membawa hukuman sehingga 10 tahun boleh dipenjara selama maksimum 50 tahun melainkan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Mahkamah bagaimanapun tidak menyatakan jumlah wang dilesapkan oleh Somchaow atau berapa lama kanak-kanak tadika itu dihidangkan dengan makanan tengahari demikian.

Mahkamah memaklumkan Somchaow melakukan jenayah yang serius kerana kanak-kanak itu tidak mendapat nutrisi mencukupi untuk perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental mereka.

Menurut mahkamah, tindakan bekas pengetua tadika itu memberi kesan negatif jangka panjang kepada kanak-kanak tersebut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya