Bua Noi gorila paling sunyi di dunia, dikurung di pusat beli-belah Thailand - Utusan Malaysia

Bua Noi gorila paling sunyi di dunia, dikurung di pusat beli-belah Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seekor gorila betina yang menghabiskan kebanyakan masanya di dalam sangkar besi di tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Bangkok, disifatkan sebagai gorila paling sunyi di dunia.

Gorila berusia 33 tahun yang diberi nama Bua Noi itu hanya berusia setahun ketika haiwan itu diletakkan di dalam sangkar besi yang menjadi ‘rumah tetapnya’ selama lebih tiga dekad.

Bua Noi menjadi tarikan utama di pusat beli-belah Pata Pinklao dan pemilik premis berkenaan enggan memindahkan gorila tersebut ke lokasi yang lebih sesuai, biarpun mendapat desakan pelbagai pihak, terutamanya aktivis haiwan.

Disebabkan itu, pusat beli-belah berkenaan dan pemiliknya menerima kecaman hebat daripada komuniti antarabangsa yang menyifatkannya sebagai kekejaman terhadap haiwan.

Kerajaan Thailand juga sebelum ini pernah menggesa pemilik pusat beli-belah itu supaya memindahkan Bua Noi ke kawasan yang sepatutnya, namun tidak diendahkan.

Pihak berkuasa Thailand menegaskan adalah penting untuk haiwan itu bergaul sesama spesiesnya bagi mengelakkan ia murung dan akhirnya mati.

Namun, gorila itu merupakan ‘harta persendirian’ dan kerajaan tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkannya.

Media tempatan melaporkan, pemilik Bua Noi meminta pampasan sebanyak AS$800,000 (RM3.8 juta) untuk memindahkan gorila tersebut, sekali gus membebaskannya.

Namun, perkara tersebut dinafikan pusat beli-belah berkenaan, malah menegaskan gorila itu dijaga dengan baik dan teliti oleh pakar haiwan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya