Bali dilanda banjir, ratusan pelancong dipindahkan - Utusan Malaysia

Bali dilanda banjir, ratusan pelancong dipindahkan

PASUKAN kecemasan memindahkan pelancong asing menggunakan bot selepas sejumlah kawasan di Bali dilanda banjir. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BADUNG: Taburan hujan luar biasa yang melanda Pulau Dewata menyebabkan tiga wilayah di Kuta, Badung dan Bali dilanda banjir kilat.

Ketua Bencana dan Logistik Badung, Ketut Murdika berkata, sebanyak tiga lokasi di Kuta dilanda banjir, menyebabkan 154 pelancong, termasuk dari luar negara terpaksa dipindahkan dari tempat penginapan mereka.

“Dari 154 pelancong yang dipindahkan, 35 merupakan pelancong asing, manakala selebihnya pelancong tempatan,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Murdika juga memaklumkan, banjir yang melanda direkodkan setinggi lutut orang dewasa.

Jelasnya, semua pelancong yang dipindahkan akan tinggal di pusat pemindahan sementara sehingga keadaan reda.

“Hujan dijangka turun untuk beberapa hari akan datang dan dikhuatiri banjir lambat surut.

“Disebabkan itu, kesemua yang dipindahkan akan tinggal dahulu di pusat pemindahan sehingga keadaan reda,” ujarnya.

Ketika ini, kebanyakan kawasan di seluruh Indonesia dilanda hujan lebat yang mencetuskan banjir di kawasan rendah.

Jakarta juga diramal dilanda banjir dalam minggu ini berikutan taburan hujan yang luar biasa direkodkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya