Balenciaga hasilkan beg seperti paket kerepek - Utusan Malaysia

Balenciaga hasilkan beg seperti paket kerepek

BALENCIAGA menghasilkan koleksi beg kelihatan seperti paket kerepek. - LAYS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jenama fesyen terkemuka Balenciaga kembali mencuri perhatian apabila menghasilkan koleksi beg kulit terbaharu yang kelihatan seperti paket kerepek.

Lapor Daily Mail, koleksi beg itu merupakan koloborasi bersama jenama kerepek kentang terkenal, Lay’s, versi Eropah bagi kerepek Walkers.

Malah, menurut akaun Instagram kumpulan pemerhati fesyen, Diet Prada, beg itu akan dijual pada harga sekitar 1,600 pound (RM8,410).

Beg itu pada mulanya didedahkan pada Jun lalu sebelum ia diperagakan di pertunjukan fesyen Balenciaga di Minggu Fesyen Paris Musim Bunga/Panas 2023. 

Setakat ini, tidak dapat dipastikan bila koleksi baharu itu akan dikeluarkan di pasaran.

Sebelum ini, jenama itu pernah dikritik hebat kerana mengeluarkan beberapa rekaan unik termasuk jaket bernilai ribuan pound yang kelihatan seperti pakaian keselamatan sehingga beg yang rekaannya hampir sama beg plastik Ikea.

Balenciaga sememangnya terkenal dengan ciptaan luar kebiasaan dan eksperimen sosial.

Rata-rata peminat fesyen di media sosial menggesa jenama mewah itu berhenti daripada mengeluarkan produk yang aneh.  

Malah, ada yang juga bergurau bahawa Balenciaga menjadi `semakin tidak sihat’. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.