AS, Zionis punca protes di Iran - Ali Khamenei - Utusan Malaysia

AS, Zionis punca protes di Iran – Ali Khamenei

PEMIMPIN tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei hari ini melemparkan tuduhan kepada musuh ketatnya, Amerika Syarikat (AS) dan Israel punca meletusnya gelombang pergolakan di seluruh Iran susulan kematian Mahsa Amini ketika wanita itu berada dalam tahanan polis.

“Saya katakan dengan jelas rusuhan dan ketidaktenteraman protes kematian Mahsa disebabkan AS dan regim Zionis yang menduduki Palestin serta ejen upahan mereka dengan pengkhianat Iran di luar negara,” kata pemimpin tertinggi itu.

Mahsa, 22, disahkan meninggal dunia pada 16 September lalu, beberapa hari selepas berada dalam tahanan polis moral berikutan wanita Kurdish itu didakwa melanggar peraturan ketat kod etika berpakaian negara berkenaan yang menetapkan pemakaian hijab dan pakaian kepada wanita.

Kemarahan terhadap kematian Mahsa mencetuskan gelombang protes besar-besaran di seluruh Iran dalam tempoh hampir tiga tahun, yang menyaksikan pasukan keselamatan di Teheran bertindak keras terhadap ratusan pelajar universiti dalam operasi malam tadi.

Ulasan pemimpin yang berusia 83 tahun itu adalah komen awam pertamanya dan beliau menegaskan polis perlu ‘menentang penjenayah’ dan sesiapa yang menyerang polis adalah samseng dan pencuri.

“Kematian Mahsa amat menyedihkan kami semua.

“Tetapi apa yang luar kelaziman adalah ada orang, tanpa bukti atau siasatan menyertai protes di jalanan hingga mendatangkan bahaya, membakar al-Quran, menanggalkan hijab wanita bertudung dan membakar masjid dan kereta,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya