Alat sulit lelaki digigit kerana dituduh mencuri

Alat sulit lelaki digigit kerana dituduh mencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Seorang lelaki di Semenanjung Bakassi, Nigeria terpaksa menanggung kesakitan akibat kemaluannya digigit lelaki lain di hadapan orang ramai.

Mangsa didakwa mencuri barangan bernilai kurang dari satu dolar (RM4.60) dan tindakan menggigit kemaluan itu dikatakan mengikut ‘Jungle Justice’.

Undang-undang itu adalah satu bentuk pembunuhan di luar undang-undang awam selepas seseorang didakwa sebagai penjenayah akan dipukul, direjam serta dihina secara terbuka.

Dalam kebanyakan kes, penjenayah malah dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan individu yang berang dengan kejadian yang berlaku.

Rakaman klip video menunjukkan kekecohan berlaku dengan seorang daripada mereka bertindak menggigit kemaluan pencuri.

Individu lain pula bertindak memukul mangsa sehingga lemah-longlai.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.