KYIV: Russia melancarkan serangan besar-besaran menyasarkan kemudahan tenaga dan membedil infrastruktur kritikal di seluruh Ukraine.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, serangan berskala besar itu melanda wilayah barat, tengah, selatan dan timur negara itu.
Serangan tersebut menyebabkan hampir 1.5 juta rumah terputus bekalan elektrik.
Bagaimanapun Zelensky menegaskan, kebanyakan peluru berpandu dan dron Rusia berjaya ditembak jatuh, dan serangan sedemikian tidak akan menghalang kemaraan tentera Ukraine.
“Sudah tentu, kami belum mempunyai keupayaan teknikal untuk menembak jatuh 100 peratus peluru berpandu Rusia dan menyerang dron.
“Tetapi kami akan mencapainya secara beransur-ansur dengan bantuan rakan kongsi kami dan saya amat yakin dengan perkara ini,” katanya dalam satu rakaman video.
Hampir satu pertiga daripada stesen janakuasa Ukraine dan kemudahan penjanaan tenaga lain musnah dalam gelombang serangan udara sejak minggu lalu.-AGENSI