130 penduduk Singapura tersalah terima vaksin Covid-19

130 penduduk Singapura tersalah terima vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan seramai 130 penduduk di republik ini menerima dos vaksin Covid-19 yang salah.

Menteri Kesihatan, Dr. Janil Puthucheary berkata, daripada jumlah itu, tujuh daripadanya terdiri daripada kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun yang tidak mempunyai sebarang reaksi buruk.

“Selebihnya, membabitkan golongan dewasa yang sudah pulih atau tidak mengalami reaksi buruk.

“Seramai 11 orang mengalami masalah kesihatan akibat mengambil dos berlebihan dan 199 yang lain akibat pengambilan vaksin yang berkurangan sehingga 26 September lalu,” katanya.

Sejak permulaan pandemik, kira-kira 16 juta dos vaksin Covid-19 sudah diberikan.

Isu itu timbul selepas insiden bulan lalu, apabila dua dewasa yang diberikan botol penuh vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 yang tidak dicairkan di sebuah klinik di Hougang.

Seorang pesakit dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit kepala dan degupan jantung meningkat sebelum dibenarkan keluar hospital.-CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.