108 orang maut di Iran susulan protes Mahsa Amini - Utusan Malaysia

108 orang maut di Iran susulan protes Mahsa Amini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NICOSIA: Sekurang-kurangnya 108 orang terbunuh dalam tindakan kekerasan Iran terhadap protes kematian Mahsa Amini yang tercetus lebih tiga minggu lalu di seluruh negara .

Protes terhadap kematian wanita Iran itu berlaku selepas didakwa dipukul polis ketika ditahan akibat kesalahan pemakaian tudung.

Kumpulan hak asasi manusia Iran (IHR) mendakwa pasukan keselamatan Iran membunuh sekurang-kurangnya 93 lagi orang dalam pertempuran berasingan di bandar Zahedan, wilayah tenggara Sistan-Baluchistan.

Protes meletus di seluruh Iran setelah Amini meninggal dunia tiga hari selepas koma berikutan penahanannya di Tehran kerana didakwa melanggar kod pakaian ketat untuk wanita Islam.

Keganasan di Zahedan tercetus pada 30 September lalu ketika protes tercetus ekoran kemarahan orang ramai berhubung laporan seorang remaja perempuan dirogol oleh komander polis di wilayah itu.

Kumpulan hak asasi itu juga menyuarakan kebimbangan mengenai tahap tindakan keras di Sanandaj, ibu kota wilayah asal Amini di Kurdistan di barat Iran.

Sementara itu, IHR yang berpangkalan di Oslo memaklumkan, setakat ini, sebanyak 28 kes kematian dilaporkan di wilayah Mazandaran, 14 kes di Kurdistan, 12 kes di Gilan dan Azerbaijan Barat dan 11 kes di wilayah Tehran.

Kumpulan hak asasi itu turut mendakwa pasukan keselamatan Iran menahan ramai kanak-kanak yang membuat bantahan di jalanan dan di sekolah pada minggu lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya