Truss pindah kedutaan Britain dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis

Truss cadang pindahkan kedutaan Britain dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Palestin menyifatkan usaha memindahkan Kedutaan Britain di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis sebagai ‘pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan’.

Duta Palestin di United Kingdom (UK), Husam Zomlot berkata, beliau kesal dengan penampilan pertama Perdana Menteri Britain, Liz Truss di pentas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang menjanjikan mengenai ‘kajian semula’ lokasi pejabat kedutaan Britain di Israel.

“Sebarang langkah pemindahan kedutaan akan menjadi pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan dan tanggungjawab bersejarah.

“Langkah itu hanya melemahkan penyelesaian dua negara dan menyebabkan keadaan yang sudah tidak menentu di Baitulmuqaddis, seluruh wilayah yang diduduki serta masyarakat seluruh dunia.

“Janji sedemikian adalah tidak bermoral, menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab,” ciapnya dalam Twitter.

Truss bertemu rakan sejawatnya di Israel, Yair Lapid mengenai ‘kemungkinan melakukan penilaian semula terhadap lokasi semasa pejabat Kedutaan Britain di Israel semasa UNGA di New York.

Selepas pertemuan itu, Lapid memuat naik ciapan terima kasih kepada Truss dalam Twitter kerana mempertimbangkan langkah sedemikian.

Tindakan itu bakal mengikut jejak bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mencetuskan keputusan penuh kontroversi untuk memindahkan pejabat Kedutaan AS ke Baitulmuqaddis, pada Mei 2018.

Tindakan kontroversi itu disambut baik oleh Israel dan dikritik oleh dunia Arab dan sekutu Barat.

Ketika itu, Britain di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Theresa May tidak bercadang memindahkan kedutaan, malah tidak bersetuju dengan langkah AS.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.