Taufan Nanmadol: Dua juta penduduk pindah tempat selamat

Taufan Nanmadol: Jepun arah dua juta penduduk pindah tempat selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Dua juta penduduk diarahkan mencari perlindungan di kawasan selamat selepas Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran taufan khas bagi wilayah Kagoshima di Kyushu.

Taufan Nanmadol yang membawa hujan sehingga setengah meter dengan kelajuan angin pada 198 km/j, dijangka mencecah sehinga 270 km/j hari ini.

Susulan itu, rantau ini bersiap sedia menghadapi taufan besar yang kuat dan berpotensi membawa kemusnahan.

Berdasarkan ramalan agensi cuaca, Kyushu Selatan dijangka menerima taburan hujan 500 milimeter (mm) dan wilayah Tokai tengah 300 mm, hari ini.

Amran taufan khas itu akan menjadi amaran pertama di mana-mana wilayah di utara pulau Okinawa.

Nanmadol diklasifikasikan sebagai taufan super oleh Pusat Amaran Taufan bersama Tentera Laut Amerika Syarikat yang berpotensi menjadi ribut tropika paling berbahaya melanda Jepun dalam beberapa dekad.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN