Sheikh Yusuf al-Qaradawi sentiasa bersama perjuangan Palestin

Sheikh Yusuf al-Qaradawi sentiasa bersama perjuangan Palestin

ISMAIL HANIYEH turut mengangkat jenazah Sheikh Yusuf di Masjid Doha, semalam.-SAFA NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pemimpin Hamas dan Qatar antara ribuan yang mengiringi jenazah Sheikh Yusuf al-Qaradawi ke tanah perkuburan Mesaimeer di Doha, semalam.

Pemergian ulama terkemuka dunia itu mendapat penghormatan besar dari penduduk Islam di seluruh dunia yang menzahirkan kesedihan dan kehilangan yang mendalam.

Pemimpin Ikhwanul Muslimin itu meninggal dunia di Qatar, Isnin lalu, ketika berusia 96 tahun.

Beliau merupakan antara ulama terkenal dan cendekiawan Islam yang sudah menghasilkan lebih 100 judul buku dalam pelbagai bidang dan lapangan.

Ulama tersohor ini pernah secara terbuka menyokong kebangkitan Arab Spring 2011 di Mesir dan seluruh dunia Arab.

Ketua Biro Politik dan Pergerakan Palestin Hamas, Ismail Haniyeh dan Ketua Pejabat Diaspora Hamas, Khaled Meshaal serta Ketua Hal Ehwal Agama Turkiye, Ali Erbash turut menyertai perarakan mengiringi jenazah.

Bercakap selepas majlis pengebumian itu, Ismail berkata, dunia Arab dan Islam kehilangan seorang ulama terkemuka yang mendedikasikan hidupnya untuk menekuni isu di Arab dan melanda umat Islam sejagat, khususnya melibatkan perjuangan Palestin.

“Sheikh kami adalah teladan kami. Beliau sentiasa berdiri di sisi Palestin.

“Beliau percaya jihad adalah cara untuk membebaskan (Masjid al-Aqsa) dan perjuangan Palestin adalah demi negara,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya