Sheikh Yusuf Al-Qaradawi pernah karang 100 buku

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi pernah karang 100 buku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Ulama berpengaruh, Sheikh Yusuf al-Qaradawi pernah mengarang hampir 100 buku dalam pelbagai bidang keilmuan Islam terutama dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam.

Memetik Bayan Linnas, buku-buku tulisan tokoh pemikir Islam itu sangat diminati oleh umat Islam di seluruh dunia.

Bahkan, buku-buku tersebut diulang cetak berpuluh-puluh kali dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Antara buku hasil tangan beliau ialah Fatawa Muasarah, Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Fiqh al-Zakat, Fiqh-al-Siyam serta banyak lagi.

Sheikh Yusuf juga pernah menjadi ahli beberapa majlis dan yayasan tempatan serta antarabangsa yang memberi tumpuan kepada pemikiran, pengetahuan, hal ehwal Islam dan dakwah.

Antaranya beliau dilantik sebagai Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Majlis Rabitah al-Alam al-Islami di Mekah, Ahli Majlis Dana Islam di Qatar dan Ahli Majlis Pengajian Islam Eropah di Perancis.

Nama sebenar beliau adalah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf.

Dilahirkan pada 1926 di sebuah perkampungan Desa Shafat at-Turab, Mahallah al-Kubra, Gharbiah, Mesir, ulama besar dunia itu menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 96 tahun, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya