Seorang lagi penduduk Palestin terbunuh ketika serbuan Israel - Utusan Malaysia

Seorang lagi penduduk Palestin terbunuh ketika serbuan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Tentera Israel membunuh seorang lagi penduduk Palestin ketika melakukan serbuan di utara wilayah yang diduduki di Tebing Barat.

Lapor Al Jazeera, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan lelaki dikenali sebagai Younis Ghassan Tayeh, 20, maut ditembak di bahagian dada.

Kejadian itu berlaku di kem pelarian al-Faraa, beberapa kilometer di selatan bandar Tubas.

Tentera Israel melakukan serbuan di kem pelarian pada pukul 6 pagi tadi (waktu tempatan) dalam pencerobohan harian rejim itu di seluruh Tebing Barat yang diduduki.

Bapa saudara mangsa, Mohammed Hassan berkata, tiada sebarang provokasi berlaku ketika kejadian itu.

Katanya, Younis berada di `kawasan lapang apabila ditembak oleh anggota tentera Zionis’.

“Ketika itu Younis berada di rumah dan dia mendapat tahu rumah bapa saudaranya diserbu oleh pasukan tentera.

“Jadi, dia bersama beberapa rakannya pergi ke sana untuk melihat situasi itu. Ada segelintir individu melemparkan batu dan bergaduh dengan mereka.

“Seorang anggota tentera yang berada di sebuah rumah menembak menyasarkan ke arah Younis di bahagian leher dan dada,” katanya.

Sementara itu, tentera Israel mendakwa penduduk Palestin melemparkan bahan letupan ke arah anggota tentera.

Sekurang-kurangnya dua lelaki dari Tubas ditahan dan rumah mereka turut diserbu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya