Seleweng dana kanak-kanak miskin, bekas wanita pertama Honduras dipenjara 14 tahun - Utusan Malaysia

Seleweng dana kanak-kanak miskin, bekas wanita pertama Honduras dipenjara 14 tahun

ROSA BONILLA (baju putih) disabit kesalahan menyeleweng dana untuk kanak-kanak miskin. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEGUCIGALPA: Bekas wanita pertama Honduras, Rosa Bonilla dihukum penjara 14 tahun oleh sebuah mahkamah semalam, selepas didapati bersalah menipu dan menyeleweng dana untuk kanak-kanak miskin, kata jurucakap kehakiman.

Menurut Kementerian Awam, isteri bekas presiden Porfirio Lobo itu membelanjakan dana bagi membantu kanak-kanak miskin berjumlah AS$12.2 juta (RM55.7 juta) untuk membayar kad kredit, yuran sekolah anak-anaknya dan pembinaan hartanah.

Peguamnya, Juan Berganza berkata, beliau akan membuat rayuan terhadap hukuman berkenaan.

“Bekas wanita pertama, Rosa Elena Bonilla dihukum penjara 14 tahun sebulan atas jenayah penipuan dan menyeleweng dana awam untuk program sosial,” kata jurucakap Mahkamah Agung, Carlos Silva kepada wartawan.

Bonilla sebelum ini dihukum penjara 58 tahun dalam perbicaraan terdahulu, tetapi dibatalkan Mahkamah Agung pada awal 2020 atas alasan tidak konsisten.

Mahkamah Agung mengarahkan perbicaraan semula di mahkamah rendah, yang kemudiannya mendapati Bonilla bersalah pada Mac lalu.

Lobo dilantik sebagai presiden pada 2009, selepas rampasan kuasa tentera yang menggulingkan kerajaan pimpinan presiden ketika itu, Manuel Zelaya. Lobo berkuasa hingga 2014.

Seorang anak lelaki pasangan itu, Fabio Lobo, dihukum penjara 24 tahun oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat pada 2017, selepas mengaku bersalah berkonspirasi menyeludup kokain ke negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya