'Selamat jalan Lilibet'

‘Selamat jalan Lilibet’

MENDIANG Ratu Elizabeth II
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penduduk Britain memberikan penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang selamat disemadikan dalam satu upacara penuh adat istiadat yang berlangsung di Gereja St George.

Upacara persemadian negara untuk mendiang Ratu Elizabeth II atau lebih mesra disapa Lilibet dihadiri oleh pemimpin dari seluruh dunia dan perjalanan terakhir membawa keranda mendiang melalui sekitar jalan yang sesak di London.

Monarki paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain itu mangkat ketika berusia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland pada 8 September lalu selepas keadaan kesihatan ratu semakin merosot sejak setahun lalu.

Majlis pengebumian negara terakhir yang diadakan di Britain adalah pada tahun 1965 bagi perdana menteri, Winston Churchill.

Ramai penduduk berkhemah di luar selama berhari-hari untuk menyaksikan dan memberi penghormatan terakhir kepada ratu kesayangan mereka.

Selepas upacara persemadian, keranda Ratu Elizabeth II yang dilitupi bendera ‘Royal Standard’ Scotland dan dihiasi mahkota Imperial State Crown, dibawa ke arah barat ke Istana Windsor.

Baginda disemadikan bersebelahan tempat pemakaman bapanya, Raja George VI, ibunya, Permaisuri Elizabeth dan adiknya, Puteri Margaret sekali gus ‘menyatukan semula’ keluarga itu.

Keranda suaminya, Putera Philip yang meninggal dunia tahun lalu pada usia 99 tahun, akan dipindahkan ke gereja berkenaan.

 

ORANG KENAMAAN

Upacara persemadian Ratu Elizabeth II tidak jauh berbeza dengan majlis persemadian Putera Philip yang diadakan di St George’s Chapel, Windsor pada April tahun lalu.

Pada masa itu, penduduk Britain tidak dibenarkan berada di sekitar pekarangan Istana Windsor semasa upacara persemadian Putera Philip disebabkan sekatan pandemik Covid-19.

Upacara persemadian Duke of Edinburgh itu disiarkan secara langsung dan hanya dihadiri kira-kira 30 individu yang majoritinya ahli kerabat diraja untuk memberi penghormatan terakhir.

Bagaimanapun, kali ini, lebih 2,000 orang termasuk ketua-ketua negara seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dari Maharaja Jepun, Maharaja Naruhito membanjiri Westminster Abbey.

Malah, Perdana Menteri baharu Britain, Liz Truss yang dilantik oleh mendiang dua hari sebelum kemangkatannya, turut hadir pada upacara tersebut.

Semua bekas Perdana Menteri Britain juga menghadiri upacara persemadian ratu Elizabeth II termasuk rakan sejawatnya dan wakil dari 14 negara Komanwel di luar Britain.

Westminster Abbey menjadi lokasi bersejarah bagi pelbagai upacara termasuk pertabalan diraja, perkahwinan dan persemadian selama lebih 1,000 tahun.

Putera sulung Ratu Elizabeth II iaitu Raja Charles III mengetuai rombongan berkabung, sambil diiringi tiga adik-beradiknya dan pewarisnya, Putera William.

Terdahulu, Raja Charles dan isterinya, Camilla yang kini menjadi Ratu Consort melahirkan rasa terharu dan tersentuh dengan ucapan takziah dan sokongan diterima dari rakyat Britain dan seluruh dunia.

“Baginda mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua,” katanya.

TUGASAN TERAKHIR

Kira-kira 6,000 anggota tentera dikerahkan untuk mengambil bahagian dalam perarakan keranda ke Windsor dan perkhidmatan committal service di St George’s Chapel.

Pegawai tentera tertinggi Britain, Ketua Turus Pertahanan Laksamana Tony Radakin menyifatkannya sebagai `tugasan terakhir’ mereka untuk mendiang Ratu Elizabeth II yang juga merupakan ketua komander mereka. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN