Russia, Myanmar tak dijemput ke pemakaman Ratu Elizabeth II

Russia, Myanmar tak dijemput ke istiadat persemadian Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemimpin Russia, Myanmar dan Belarus tidak dijemput menghadiri istiadat penghormatan terakhir Ratu Elizabeth II yang dijadualkan berlangsung Isnin depan.

Ini disebabkan hubungan diplomatik antara United Kingdom (UK) dan Russia goyah sejak pencerobohan di Ukraine.

Jurucakap Presiden Russia minggu lalu memaklumkan ‘tidak mempertimbangkan’ untuk menghadiri pemakaman itu.

Operasi khas ketenteraan itu dilancarkan sebahagiannya dari wilayah Belarus, dengan presidennya, Aleksandr Lukashenko, adalah sekutu rapat Putin.

UK turut menjarakkan hubungan diplomatiknya secara ketara dengan Myanmar sejak rampasan kuasa oleh junta tentera pada Februari 2021.

Acara pemakaman mendiang ratu ditetapkan sebagai antara perhimpunan terbesar yang dianjurkan di UK selama beberapa dekad.

Lebih 500 pemimpin dan kerabat diraja seluruh dunia dijangka hadir semasa upacara bersejarah yang akan diadakan di Westminster Abbey.

Antara kerabat diraja dari Eropah yang sudah mengesahkan kehadiran termasuk Raja Philippe dan Ratu Mathilde dari Belgium, Raja Willem-Alexander dan isterinya, Ratu Maxima, bersama ibunya, bekas ratu Belanda, Puteri Beatrix.

Raja Felipe dan Ratu Letizia dari Sepanyol juga turut menerima jemputan, selain kerabat diraja Norway, Sweden, dan Denmark.

White House pula mengesahkan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden akan hadir bersama isterinya, Jill Biden.

Malaysia pula diwakili oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah.

Baginda berkenan berangkat menghadiri Istiadat Penghormatan Terakhir dan Istiadat Pemakaman Negara mendiang Ratu Elizabeth II di London.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN