Ringankan beban Bangladesh, AS salur dana kepada Rohingya

Ringankan beban Bangladesh, AS salur dana kepada Rohingya

KEM pelarian Rohingya semakin padat di Cox's Bazar, Bangladesh selepas semakin ramai etnik itu masuk ke negara berkenaan setiap tahun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengumumkan bantuan kemanusiaan lebih AS$170 juta (RM777 juta) untuk disalurkan kepada etnik Rohingya yang berada di Myanmar dan beberapa negara jiran, termasuk Bangladesh.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menerusi kenyataan.

“Dengan bantuan baharu ini, jumlah dana yang disalurkan kepada Rohingya sudah mencecah hampir AS$1.9 bilion (RM8.7 bilion) sejak Ogos 2017, ketika lebih 700,000 etnik itu melarikan diri ke Cox’s Bazar, Bangladesh susulan operasi ketenteraan Myanmar,” katanya.

Bantuan itu disalurkan sebulan selepas agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan etnik Rohingya di Bangladesh ‘amat memerlukan bantuan’.

Lebih sejuta pelarian Rohingya tinggal di beberapa kem yang padat di selatan Bangladesh, sekali gus menjadi kem pelarian terbesar di dunia.

Bantuan kemanusiaan tersebut melibatkan lebih AS$93 juta (RM425 juta) dari Jabatan Negara AS dan lebih AS$77 juta (RM352 juta) dari Agensi AS untuk Pembangunan Antarabangsa.

AS menjadi antara negara paling lantang menyuarakan penindasan oleh Myanmar terhadap Rohingya.

Washington sifatkan junta tentera Myanmar melakukan ‘penghapusan etnik’ terhadap Rohingya, menyebabkan kumpulan minoriti itu hidup terbiar tanpa negara. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya