Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel

Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut ditembak oleh tentera Israel semasa menceroboh kampung Kufr Dan di bandar Jenin, Tebing Barat.

Lapor Quds News Network, Kementerian Kesihatan memaklumkan Uday Salah maut akibat ditembak di bahagian kepala.

Jenazah diarak beramai-ramai oleh ahli keluarga dan penduduk Palestin lain, awal pagi tadi.

Tentera Israel mendakwa kononnya menggeledah rumah penduduk bagi memburu ‘pengganas’ yang membunuh pegawai tentera Bar Falah.

Falah terbunuh semalam semasa pertempuran berdekatan pusat pemeriksaan Jalameh yang turut mengorbankan dua penduduk Palestin lain.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya