Qatar Airways dinobat syarikat penerbangan terbaik dunia

Qatar Airways dinobat syarikat penerbangan terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Qatar Airways dinobatkan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia sekali gus mengekalkan rekod pengiktirafan buat kali ketujuh berturut-turut. 

Pengumuman itu dibuat semasa majlis Anugerah Skytrax World Airline 2022 yang berlangsung di The Langham Hotel, London, lapor Daily Mail.  

Qatar Airways berjaya menewaskan lebih 350 syarikat penerbangan lain dengan Singapore Airlines menghuni tempat kedua diikuti Emirates, ketiga. 

Edward Plaisted berkata, kemenangan syarikat penerbangan itu buat kali ketujuh semasa ‘Oscars of Aviation’ adalah sesuatu yang ‘sangat unik dan pencapaian yang mengagumkan’. 

“Qatar Airways adalah syarikat penerbangan terbesar yang melakukan penerbangan secara konsisten sepanjang pandemik Covid-19. 

“Rangkaian lokasi mereka tidak pernah kurang dari 30 destinasi dan keazaman itu jelas diiktiraf oleh pelanggan sehingga dinobatkan sebagai syarikat penerbangan terbaik 2022,” katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways, Akbar Al-Baker berkata, pihaknya sentiasa meletakkan matlamat untuk menjadi syarikat penerbangan terbaik dunia. 

Namun, katanya, mengekalkan kemenangan buat kali ketujuh berturut-turut dan merangkul tiga anugerah lain adalah bukti kerja keras semua pekerja yang luar biasa. 

“Dedikasi berterusan ini adalah memastikan penumpang kami mendapat pengalaman terbaik apabila mereka terbang bersama Qatar Airways.

“Kemenangan ini lebih bermakna kerana kami meraikan ulang tahun ke-25 tahun ini dan menghargai kesetiaan semua penumpang,” katanya.  

Syarikat penerbangan tambang murah dari Malaysia, Air Asia berada di kedudukan ke-27 sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia, manakala, Malaysia Airlines (MAS) langsung tidak tersenarai dalam 40 syarikat terbaik mahupun mana-mana kategori lain. 

Sementara itu, Singapore Airlines merangkul anugerah staf kabin terbaik dunia, diikuti ANA All Nippon, Garuda Indonesia (ketiga) dan Thai Airways (empat). 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya