Polis tahan juruterbang ancam hempaskan pesawat atas Walmat di AS - Utusan Malaysia

Polis tahan juruterbang ancam hempaskan pesawat atas Walmat di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang juruterbang yang mengancam untuk menghempaskan pesawat kecilnya ke atas kedai Walmart di Mississippi, Amerika Syarikat (AS), sudah ditahan pihak berkuasa.

Pesawat Beechcraft berenjin kembar yang dicuri itu terbang secara tidak menentu di ruang udara bandar Tupelo dan kawasan berdekatan selama beberapa jam.

Ia mendarat sekitar 11:25 pagi waktu tempatan, menurut seorang petugas di pejabat Sherif Benton County, Connie Strickland.

Ketua Polis Tupelo, John Quaka, berkata juruterbang itu dikenal pasti sebagai Corey Wayne Patterson dari Shannon, akan didakwa atas kesalahan rompakan besar dan mengancam keganasan.

Quaka berkata, denda tambahan mungkin akan dikenakan motif di sebalik pencurian itu masih tidak jelas.

Katanya, Patterson bekerja selama 10 tahun di Tupelo Aviation, di mana tugasnya termasuk mengisi bahan bakar pesawat dan mempunyai beberapa arahan penerbangan, namun tidak kelihatan sebagai juruterbang berlesen.

Polis dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan, individu itu menghubungi pengendali kecemasan 911 di Tupelo sekitar pukul 5 pagi dan dengan sengaja mengancam mahu menghempaskan pesawat ke atas Walmart di West Main.

Gedung serbaneka dan stesen minyak berdekatan sudah dikawal ketat dan orang ramai diberi amaran menjauhkan diri dari lokasi itu.

Quaka berkata, perunding polis Tupelo berkomunikasi menerusi radio dengan Patterson dan berjaya memujuknya supaya tidak menghempaskan pesawat itu, sebaliknya mendarat di lapangan terbang.

Disebabkan dia tidak mempunyai pengalaman pendaratan pesawat, seorang juruterbang swasta dipanggil untuk bercakap dengan Patterson melalui radio.

Namun, kata Quaka, pada saat terakhir Patterson membatalkan rancangannya dan terus terbang ke barat laut, jauh dari Tupelo.

Katanya, Patterson turut menyiarkan mesej ‘selamat tinggal’ di laman Facebooknya, selepas pesawat dipandunya semakin kekurangan minyak, namun dia berjaya mendaratkan pesawat berkenaan serta memberitahu polis lokasinya.

Penduduk, Roxanne Ward, 42, yang tinggal berhampiran lokasi pesawat itu mendarat memberitahu dia mendengar dentuman kuat, namun tidak jelas sama ada Patterson cedera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN