Perlawanan kriket punca rusuhan komuniti Hindu, Islam di Leicester

Perlawanan kriket punca rusuhan komuniti Hindu, Islam di Leicester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertempuran ganas antara penduduk Islam dan Hindu yang tercetus di Leicester kini merebak ke Birmingham selepas kira-kira 200 lelaki bertopeng berkumpul di luar sebuah kuil untuk membantah satu acara yang dirancang.

Rakaman di Smethwick menunjukkan polis berada di lokasi kejadian ketika sekumpulan besar lelaki bertopeng berkumpul di luar kuil Durga Bhawan, dengan beberapa saksi mendakwa botol minuman dan mercun dilemparkan.

Pasukan polis West Midlands yang dilengkapi peralatan anti rusuhan cuba meleraikan kumpulan lelaki itu dari kuil tersebut, sementara penunjuk perasaan memanjat pagar sekeliling tempat beribadat berkenaan.

Kejadian serupa berlaku di Leicester beberapa hari sebelum pertempuran antara dua kumpulan minoriti terjadi pada hujung minggu lalu sehingga menyebabkan 47 tangkapan dibuat.

Ketegangan semakin memuncak disebabkan daripada perlawanan kriket yang menyaksikan India menentang Pakistan baru-baru ini.

Rakaman video yang memaparkan pertempuran ganas tercetus selepas perlawanan kriket pada 28 Ogos lalu, tular dalam media sosial dan sejak itu polis menegaskan kejadian tersebut pada mulanya tidak mengikut landasan agama.

Bagaimanapun, penduduk Leicester berkata, hubungan antara dua kumpulan minoriti itu dikatakan tegang selama beberapa bulan lalu.

Malah, mereka menyifatkan perlawanan kriket itu menjadi ‘pencetus’ kepada siri pertempuran ganas yang baharu.

Polis Leicestershire berkata, pihaknya menyiasat beberapa insiden serangan ke atas kedua-dua komuniti minoriti itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN