Perang Ukraine tidak akan tamat segera - Utusan Malaysia

Perang Ukraine tidak akan tamat segera

PRESIDEN Russia, Vladimir Putin berjabat tangan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres di Moscow pada Jun 2018. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi gambaran peperangan di Ukraine tidak akan berakhir dalam masa terdekat.

Perkara itu diakui sendiri oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres selepas beliau menghubungi Presiden Russia, Vladimir Putin, kelmarin.

Katanya, beliau dan Putin saling berbincang mengenai ‘halangan’ berkaitan bekalan makanan dan eksport baja di Russia serta pada masa yang sama, Moscow ‘tidak memberi pandangan positif untuk menamatkan perang dalam masa terdekat’.

“Saya percaya perang yang berlaku antara Ukraine dan Russia ketika ini sukar untuk capai pengakhiran.

“Tipulah jika saya beritahu konflik antara kedua-dua negara itu akan reda tidak lama lagi.

“Apa yang boleh saya katakan ketika ini, peluang untuk menamatkan peperangan yang berlaku amat tipis,” katanya.

Dalam pada itu, berhubung perbincangannya dengan Putin, Guterres berharap Moscow dapat ‘melanjutkan perkembangan inisiatif eksport’.

PBB dan Turkiye sebelum ini menjadi orang tengah dalam menguruskan perbincangan antara Ukraine sería Russia mengenai aliran eksport kedua-dua negara.

Biarpun sudah tiga tan bijirin dibenarkan dieksport dari Ukraine, Russia menyatakan eksport bekalan makanan dan baja keluarannya pula berdepan kesukaran berikutan sekatan besar-besaran oleh Barat.

“Russia masih mengeksport bekalan makanan dan baja ke beberapa negara, namun kapasitinya lebih rendah berbanding sebelum peperangan,” ujar Guterres.

Beliau turut memaklumkan terdapat perbincangan mengenai kemungkinan mengeksport ammonia dari Russia menerusi Laut Hitam.

Banyak negara Eropah berhenti mengeksport ammonia yang merupakan bahan penting dalam sektor pertanian berikutan kenaikan harga gas asli.

Sehubungan itu, Guterres memberi amaran bahawa krisis baja boleh menjadi semakin buruk, sekalis gus mencetuskan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan makanan global pada tahun depan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN