Pengguna Islam Asia Tenggara ikut trend tanpa abai agama

Pengguna Islam Asia Tenggara ikut trend tanpa abai agama

PENGGUNA Islam di Asia Tenggara masih mementingkan status halal dalam produk yang dibeli, terutamanya makanan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Satu per tiga daripada pengguna Islam di Asia Tenggara menyifatkan mereka tetap berpandukan ajaran agama dalam membuat keputusan mengenai perbelanjaan, perbankan, pelancongan dan pendidikan.

Hanya 21 peratus daripada 250 juta pengguna Islam yang kurang peka terhadap semua aspek berkenaan, manakala 45 peratus lagi menganggap mereka didedahkan dengan pengetahuan serta kesedaran tinggi mengenai kepentingan ajaran Islam.

Perkara itu didedahkan menerusi kaji selidik yang dilakukan terhadap 1,000 responden di Indonesia dan Malaysia serta diterbitkan dalam laporan Pengguna Islam Baharu kelmarin.

Berdasarkan laporan Wunderman Thompson Intelligence dan VML Y&R Malaysia, hubungan yang ‘tidak berbelah’ bahagi dengan Allah SWT merupakan aspek paling penting dalam kehidupan bagi 91 peratus umat Islam di Asia Tenggara, setanding dengan kesihatan dan hanya mendahulukan keluarga.

Hanya 34 peratus menganggap kekayaan sangat penting, dengan 28 peratus menilai minat mereka dan 12 peratus lagi menyifatkan kemasyhuran sebagai keutamaan.

Menurut laporan tersebut, kepercayaan agama yang semakin meningkat dan pendedahan terhadap kepenggunaan gaya Barat menyebabkan kepenggunaan Islam berkembang dari segi makanan, fesyen dan teknologi yang mengikut syariah, termasuk aplikasi temu janji dan pelancongan halal.

“Pengguna Islam semakin peka dalam membuat keputusan untuk sebarang pembelian,” kata Pengarah Asia Pasifik untuk Wunderman Thompson Intelligence, Chen May Yee.

Bagi pengguna Islam, status halal sesuatu produk memainkan peranan paling penting dalam keputusan pembelian, sekali gus mendahului nilai wang, kualiti dan pertimbangan alam sekitar.

Selain itu, lebih 66 peratus pengguna Islam mementingkan perbankan atau pelaburan berlandaskan undang-undang Islam, manakala 77 peratus lagi mengutamakan makanan halal dalam pemilihan destinasi pelancongan.

“Asia Tenggara bukan sahaja pasaran untuk pengguna Islam, malah ia menjadi ‘tapak ujian’ untuk semua trend global terbaharu.

“Pembaharuan yang berlaku tidak sedikit pun menggoyahkan nilai kepenggunaan penduduk Islam,” ujar penulis dan penyelidik di Wunderman Thompson Intelligence, Safa Arshadullah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.