Penetapan gaji minimum bukan jawapan tangani kos sara hidup

Penetapan gaji minimum bukan jawapan tangani kos sara hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Usaha meningkatkan taraf hidup golongan pekerja bergaji rendah bukan sekadar menetapkan gaji minimum yang mungkin boleh membawa kesan lain.

Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong berkata, usaha itu tidak setakat merapatkan jurang gaji tetapi juga memerlukan rundingan meluas dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Jelasnya, keadaan di tempat kerja dan peluang kerjaya juga perlu diberikan perhatian.

“Kami bekerjasama melibatkan tiga pihak iaitu pemerintah, majikan serta pemimpin kesatuan sekerja dan pekerja.

“Kami berbincang bersama-sama serta memahami keputusan antara satu sama lain. Kami menilai buruk baiknya dan kemudian cuba sebaik mungkin untuk melangkah ke hadapan bersama,” katanya dalam sesi bengkel bersama sukarelawan, semalam.

Sementara itu, Menteri Kanan Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad berkata, usaha meningkatkan taraf hidup golongan bergaji rendah memerlukan perubahan pemikiran awam.

“Amat penting bagi masyarakat supaya memandang golongan pekerja bergaji rendah dari lensa berlainan. Jangan menganggap mereka sebagai pekerja bergaji rendah tetapi pekerja yang mempunyai kemahiran tertentu.

“Pekerja yang memberi kita khidmat penting di Singapura dan mereka juga berbakti kepada kita sebagai masyarakat dan negara. Mereka mempunyai tanggungjawab yang penting serta menyokong kita terutama sekali semasa situasi pandemik Covid-19 sebelum ini,” jelasnya.-CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.