Pemuda Palestin maut lima hari selepas ditembak Zionis - Utusan Malaysia

Pemuda Palestin maut lima hari selepas ditembak Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENIN: Seorang rakyat Palestin meninggal dunia, lima hari selepas ditembak tentera Israel ketika proses merobohkan rumah penduduk di Tebing Barat.

Menerusi kenyataan, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan, Hamad Mustafa Hussein Abu Jelda, 24, maut akibat ditembak tentera Zionis di kem Jenin, lima hari lalu.

Pasukan keselamatan di Jenin memaklumkan, Hamad Mustafa ditembak ketika tentera Israel menyerbu kem berkenaan pada Selasa lalu untuk memusnahkan kediaman milik Raad Hazem yang sebelum ini didakwa menembak mati tiga penduduk Israel di Tel Aviv.

Keluarga Raad cuba menghalang proses tersebut, namun dibantah Mahkamah Tinggi Israel.

Pada Isnin lalu, ketua tentera Israel, Aviv Kohavi memaklumkan, ‘kira-kira 1,500 rakyat Palestin ditahan dan ratusan cubaan serangan terhadap penduduk Israel berjaya dipatahkan’.

Sementara itu, kumpulan aktivis kemanusiaan menyifatkan tindakan Zionis merobohkan rumah rakyat Palestin yang didakwa menyerang penduduk Israel hanyalah tuduhan berat sebelah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya