NGO Thailand salahkan produk halal punca barang mahal di 7-Eleven - Utusan Malaysia

NGO Thailand salahkan produk halal punca barang mahal di 7-Eleven

SEKUMPULAN ahli BPP melakukan protes mengenai isu logo halal di hadapan Menara CP di Bangkok. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan menggesa semua kedai serbaneka 7-Eleven di Thailand menyediakan rak khas untuk menempatkan produk tanpa logo halal.

Menurut Buddhism Protection for Peace (BPP), pengasingan produk perlu dilakukan kerana didapati logo halal menjadikan harga barang lebih mahal.

Baru-baru ini, sekumpulan ahli BPP berkumpul di hadapan Menara CP di Bangkok bagi menyerahkan memorandum mengenai isu logo halal kepada lembaga eksekutif syarikat kedai serbaneka, CP All.

Wakil kumpulan itu, Praphat Kittiruedeekun berkata, sebanyak 160,000 produk makanan halal yang diluluskan oleh Majlis Islam Pusat Thailand adalah lebih mahal berbanding barang tanpa logo berkenaan.

Katanya, sebahagian besar penduduk Thailand adalah sama ada beragama Buddha atau Kristian, justeru mereka tidak seharusnya membeli barang pada harga yang tinggi hanya kerana pelabelan halal.

“Kami dapati peraturan dan dasar Islam mengambil kesempatan ke atas agama Buddha.

“Ia menjadi tanggungjawab penganut Buddha untuk mempertahankan agama dengan menyatakan tidak memerlukan produk yang mempunyai logo halal,” katanya.

Beberapa warganet Thailand mengecam tindakan BPP dengan menyatakan pertubuhan itu sepatutnya membantah agensi kerajaan yang melancarkan logo halal dan bukannya penganut Islam mahupun kedai serbaneka yang menjual produk berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya