Nanmadol badai Jepun, amaran banjir dan tanah runtuh dikeluarkan - Utusan Malaysia

Nanmadol badai Jepun, amaran banjir dan tanah runtuh dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Taufan Nanmadol membadai barat Jepun dengan membawa hujan lebat dan angin kencang hari ini, menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan, operasi kereta api dihentikan dan lebih 300,000 isi rumah terputus bekalan elektrik.

Sehubungan itu, pihak berkuasa negara ini memberi amaran kemungkinan berlaku banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan.

Hujan selebat 400 milimeter dijangka turun di wilayah tengah Jepun, Tokai dalam tempoh 24 jam akan datang.

“Kami ingin memberi amaran kepada penduduk bahawa situasi tidak akan stabil dalam tempoh 24 jam akan datang berikutan risiko yang boleh berlaku.

“Antaranya termasuklah hujan lebat, angin kencang dan ombak besar,” kata Agensi Meteorologi Jepun.

Kira-kira 340,000 isi rumah, dengan kebanyakannya di Kyushu terputus bekalan elektrik akibat taufan yang melanda. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya