Lima maut, 14 cedera bangunan runtuh di Jordan - Utusan Malaysia

Lima maut, 14 cedera bangunan runtuh di Jordan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Sekurang-kurangnya lima orang maut dan 14 lagi cedera selepas sebuah bangunan kediaman empat tingkat runtuh di ibu negara Jordan.

Lapor Al Jazeera, jurucakap keselamatan Amer al-Sartawi berkata, insiden runtuhan itu berlaku kawasan kejiranan Jabal al-Weibdeh di Amman.

Amer sebelum ini memaklumkan pasukan pertahanan awam bekerjasama dengan pasukan penyelamat dan gendarmerie ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

Menurut seorang sumber di agensi perkhidmatan awam, terdapat sejumlah mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan namun tidak menyatakan angka yang tepat.

Berdasarkan laporan media tempatan, punca kejadian runtuhan bangunan tidak dapat dipastikan.

Justeru, Perdana Menteri Bisher al-Khasawneh mengarahkan pihak berkuasa menyiasat punca sebenar insiden tersebut.

Khasawneh dan pegawai kanan kerajaan dilaporkan berada di lokasi kejadian ketika operasi menyelamat sedang dijalankan untuk memindahkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Rakaman video yang tular dalam media sosial menunjukkan serpihan dari bangunan runtuh, dengan anggota penyelamat melakukan operasi menyelamat di kawasan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya