Lelaki tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II, sebelum disemadikan - Utusan Malaysia

Lelaki tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II, sebelum disemadikan

TANGKAP layar rakaman menunjukkan lelaki warga Yaman itu sedang memegang kain rentang di dalam Masjidilharam di Mekah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya datang ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth II.

Lapor media tempatan memetik kenyataan, pihak berkuasa menahan seorang penduduk warga Yaman yang dilihat dalam satu rakaman video membawa kain rentang ke dalam Masjidil Haram.

“Tindakan membawa kain rentang itu melanggar peraturan umrah.

“Lelaki itu sudah ditahan dan langkah perundangan akan dilaksanakan terhadapnya. Dia kini diserahkan kepada pihak pendakwa raya,” jelas kenyataan itu.

Lelaki itu menyiarkan video yang memaparkan dirinya berada di dalam Masjidil Haram di Mekah, tempat paling suci bagi umat Islam yang menjadi kawasan larangan bagi individu bukan Islam.

Dalam video itu, lelaki terbabit memegang kain rentang tertera  ‘Umrah untuk roh Ratu Elizabeth II, kami memohon Tuhan menerimanya ke dalam syurga dan dalam kalangan orang beriman’.

Rakaman video itu tular dalam media sosial Arab Saudi, dengan rata-rata pengguna Twitter menggesa pihak berkuasa menahan lelaki itu.

Arab Saudi melarang jemaah yang tiba ke Mekah daripada membawa sepanduk atau melaungkan slogan.

Amalan menunaikan umrah bagi mewakili individu yang sudah meninggal dunia tidak merangkumi individu bukan Islam seperti mendiang Ratu yang juga gabenor tertinggi Gereja England, gereja tertinggi bagi penganut Anglican seluruh dunia. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya