Lapan terbunuh dalam serangan bom di Pakistan

Lapan terbunuh dalam serangan bom di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PESHAWAR: Taliban mendakwa berjaya membunuh ketua militan prokerajaan dan tujuh yang lain menerusi serangan bom di barat laut Pakistan.

Letupan berlaku pada Selasa malam di bandar Kabal di Lembah Swat yang sebahagian besarnya diperintah oleh Taliban Pakistan semasa pemberontakan 2007 hingga 2009.

Pegawai polis di daerah Swat, Zahid Nawaz Marwat berkata, bekas Ketua Jawatankuasa Keamanan, Idrees Khan terbunuh apabila trak pikapnya melanggar bom di tepi jalan.

Mangsa yang maut melibatkan dua anggota polis tempatan, dua pengawal persendirian dan tiga buruh.

Tehreek-e-Taliban mengaku melancarkan serangan tersebut.

Sejak bertahun-tahun lalu, Islamabad mengerahkan jawatankuasa keamanan untuk mempertahankan kampung mereka daripada serangan militan.

Kebanyakan anggota militan itu sudah dibubarkan sejak pemberontakan sebahagian besarnya dihancurkan dan keselamatan dipertingkatkan di seluruh negara.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya