PHILADELPHIA: Amerika Syarikat digegarkan lagi dengan insiden tembakan berhampiran padang sebuah sekolah di barat laut Philadelphia selepas perlawanan bola sepak.
Insiden itu menyebabkan seorang remaja berusia 14 tahun maut dan empat murid lain mengalami kecederaan.
Menurut pihak polis, dua suspek disyaki melepaskan tembakan kira-kira pukul 4.30 petang semalam dan melarikan diri selepas pemain sedang berjalan keluar dari padang.
Katanya, tembakan itu mengenai dada mangsa dan disahkan terbunuh di Pusat Perubatan Einstein.
“Seorang mangsa lain berusia 17 tahun terkena tembakan di lengan dan kaki, manakala, seorang lagi remaja berumur 14 tahun terkena tembakan di paha.
“Kedua-duanya dilaporkan masih stabil,” katanya.-AP