Khuatir penularan cacar monyet, rakyat China diminta jangan sentuh warga asing

Khuatir penularan cacar monyet, rakyat China diminta jangan sentuh warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang pegawai kesihatan kanan di China memberi amaran kepada penduduk supaya tidak menyentuh mana-mana warga asing yang berada di negara itu.

Amaran itu dikeluarkan oleh ketua pakar epidemiologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CCDC), Wu Zunyou dalam satu catatan di aplikasi Weibo, sehari selepas China melaporkan kes pertama cacar monyet.

Lapor CNN, Zunyou berkata, pelaksanaan sekatan Covid-19 dan kawalan sempadan yang ketat setakat ini berjaya menghalang penularan cacar monyet sehingga hanya satu kes dilaporkan di negara itu.

“Justeru, adalah penting untuk mengukuhkan pemantauan dan pencegahan cacar monyet,” katanya dengan menekankan risiko jangkitan itu boleh merebak menerusi perjalanan antarabangsa dan kontak rapat.

Zunyou turut mengutarakan lima cadangan kepada penduduk China antaranya menyeru orang ramai mengelak `sentuhan kulit ke kulit’ dengan warga asing.

Bagaimanapun, cadangan tersebut mencetuskan kontroversi dalam kalangan pengguna Weibo dengan ada antara mereka memuji nasihatnya sebagai munasabah manakala individu lain pula menyuarakan kelegaan kerana tidak mengenali ramai warga asing.

Seorang pengguna Weibo berkata, langkah kerajaan membuka pintu sempadan negara adalah baik namun tidak boleh membiarkan semua pengunjung masuk begitu sahaja.

Beberapa warganet turut menyelar cadangan Zunyou sebagai diskriminasi dan berbahaya, dengan ada yang menyamakannya kebangkitan xenofobia dan keganasan dihadapi orang Asia di luar negara pada permulaan pandemik Covid-19.

Sebelum ini, pihak berkuasa kesihatan memaklumkan kes cacar monyet itu dikesan di bandar Chongqing.

Menurut pihak berkuasa kesihatan di bandar Chongqing, kes cacar monyet itu membabitkan seorang pengunjung yang menunjukkan gejala ketika menjalani kuarantin bagi Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya