Keranda Ratu Elizabeth II dibawa ke Wellington Arch - Utusan Malaysia

Keranda Ratu Elizabeth II dibawa ke Wellington Arch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pedati diraja yang membawa keranda mendiang Ratu Elizabeth II dibawa ke Wellington Arch di Hyde Park Corner berhampiran Istana Buckingham.

Raja Charles III diiringi kerabat diraja lain memberikan penghormatan serta perarakan masuk oleh detasmen angkatan bersenjata kontinjen Komanwel dari 56 negara yang dianggotai Ratu.

Loceng besar Big Ben di menara jam Istana Westminster dibunyikan diselang-seli dengan bunyi das tembakan dilepaskan pada setiap satu minit.

Terdahulu, Majlis persemadian Ratu Elizabeth II di London hari ini menjadi perhimpunan diplomatik terbesar sejak Sukan Olimpik pada 2012.

Kira-kira 500 pemimpin dunia termasuk kerabat diraja hadir memenuhi Westminster Abbey yang mempunyai ruang menempatkan 2,000 tetamu.

Antara yang hadir adalah Maharaja Jepun, Naruhito dan Maharani Masako, Putera Albert II dari Monaco dan Raja Belgium, Philippe.

Walaupun Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dan pemerintah de factonya dijemput, namun beliau disahkan tidak hadir.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan isterinya, Jill mengetuai senarai tetamu diplomatik dan turut memberikan penghormatan di hadapan keranda, hari ini.

Negara lain yang tidak dijemput ialah Russia, Myanmar, Syria, Venezuela dan Afghanistan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.