Keluarga kecewa tersalah lawat kubur bapa selama 43 tahun

Keluarga kecewa tersalah lawat kubur bapa selama 43 tahun

SYLVIA ROSS melawat kubur yang salah di tanah perkuburan Witton di Bishop Auckland, County Durham sejak 1979.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DURHAM: Sebuah keluarga kecewa selepas mengetahui kubur yang dilawati mereka sejak 43 tahun lalu bukan menempatkan ahli keluarga mereka.

Lapor Daily Mail, Sylvia Ross, 67, mengunjungi kubur yang dipercayai bapanya, John Thomas Thompson sejak dikebumikan pada 1979 di tanah perkuburan Witton di Bishop Auckland, County Durham.

Dia malah kerap meninggalkan jambangan bunga setiap kali ulang tahun kelahiran bapanya termasuk Hari Krismas.

Bagaimanapun, dia dan anak perempuannya, Lynette terperanjat dan sangat kecewa selepas mengetahui kubur tersebut menempatkan mayat orang lain.

Katanya, dia mengetahui perkara tersebut melalui Facebook selepas majlis perbandaran memaklumkan mengenai sebuah plak yang diletakkan di tempat yang salah di tanah perkuburan itu.

“Kami sekeluarga sangat kecewa apatah lagi ibu saya kerana dia sudah melawat kubur itu sejak 43 tahun lalu.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan datuk semasa dia masih hidup dan berasa sangat sedih dengan kesilapan ini,” kata cucu mendiang.

Susulan itu, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan kesilapan tersebut.

Thompson meninggal dunia ketika berusia 51 tahun akibat masalah jantung dan dikebumikan di kubur tidak bertanda.

Difahamkan, keluarga tersebut selama ini melawat kubur milik Federick Brown yang meninggal dunia pada tahun sama.

Kesilapan itu hanya disedari apabila keluarga Brown mahu meletakkan tugu peringatan di plot berkembar mereka, tetapi menyedari tiada ruang mencukupi dan menghubungi Majlis Daerah Durham.

Pengurus Perkhidmatan Pengebumian Majlis Daerah Durham, Graham Harrison memohon maaf atas kesilapan yang berlaku terhadap keluarga Thompson.

Jelasnya, kesilapan tersebut berlaku ketika tanah perkburan itu diuruskan oleh Majlis Daerah Wear Valley.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya