Kecuaian perubatan sebabkan 73 rakyat Palestin maut dalam tahanan Zionis - Utusan Malaysia

Kecuaian perubatan sebabkan 73 rakyat Palestin maut dalam tahanan Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Akibat kecuaian perubatan sejak 1967, sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin maut dalam tahanan Israel.

Persatuan Tahanan palestin menerusi kenyataan memaklumkan, mangsa terbaharu yang maut dalam tahanan Zionis adalah seorang wanita Palestin yang menibggal dunia pada Jun lalu.

Lapor agensi berita Anadolu, Israel turut mengeruhkan keadaan apabila enggan menyerahkan jenazah sembilan rakyat Palestin yang meninggal dunia dalam tahanan.

Dianggarkan seramai 600 tahanan dilaporkan menghidap pelbagai penyakit, termasuk 200 orang yang menderita penyakit kronik.

“Terdapat 23 pesakit kanser dalam kalangan rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel,” menurut kenyataan itu.

Menurut perangkaan palestin, hampir 4,550 rakyat Palestin ditahan di penjara israel, termasuk 175 kanak-kanak, 31 wanita dan 700 tahanan yang dipenjarakan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya