Kanada berisiko dilanda Taufan Fiona

Kanada berisiko dilanda Taufan Fiona hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang merupakan sebuah pulau di Atlantik Utara.

Dilaporkan, taufan itu kini bergerak menuju ke Kanada timur.

Taudan itu dianggap sebagai bencana terburuk dalam sejarah negara itu.

Taufan Fiona diklasifikasikan dalam Kategori Empat ketika menghampiri Bermuda, namun turun ke Kategori Tiga selepas melalui Bermuda ke barat wilayah Inggeris.

Kelajuan angin juga dicatatkan hingga 128 kilometer per jam.

Susulan itu, penduduk Nova Scotia di pantai timur negara tersebut membuat persiapan menghadapi Taufan Fiona yang diramal berlaku hari ini.

Pusat Taufan Kanada meramalkan ribut dengan hujan lebat akan melanda kawasan itu sekali gus mengancam keselamatan penduduk setempat.

Penduduk-penduduk di Halifax dilihat mula menyimpan stok barangan runcit dan gas selain meletakkan beg pasir berhampiran pantai sebagai langkah berjaga-jaga.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN