Kajian di China dedah minum teh boleh tingkatkan kesuburan lelaki

Kajian di China dedah minum teh boleh tingkatkan kesuburan lelaki

MINUMAN teh dilaporkan boleh meningkatkan kadar kesuburan lelaki. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WUHAN: Golongan lelaki yang gemar minum teh dilaporkan mempunyai kesuburan lebih tinggi berbanding mereka yang suka menikmati kopi.

Pasukan penyelidik di Universiti Hubei di Wuhan menyimpulkan, minuman berasaskan teh boleh meningkatkan kadar kesuburan lelaki.

Kajian itu dilakukan bagi menguji kualiti sperma melibatkan 1,400 lelaki.

Hasil kajian menunjukkan lelaki yang minum teh mempunyai kadar kiraan sperma lebih banyak dan sihat.

Dalam kajian tersebut, sampel sperma dari kesemua responden diambil antara April 2017 dan Julai 2018.

Responden turut ditanya mengenai amalan gaya hidup dan pemakanan mereka, selain kesemuanya dilaporkan dalam keadaan sihat.

Keputusan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Chemosphere menunjukkan 28 peratus responden gemar minum teh, manakala 72 lagi tidak.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut jenis teh yang mereka minum, atau sama ada mereka menambah gula dan susu di dalamnya.

Responden yang suka minum teh terbukti mempunyai kiraan sperma yang lebih tinggi dan pekat berbanding mereka yang tidak mengambil minuman tersebut.

Tahap itu boleh dikira berdasarkan pengambilan minuman teh untuk sekurang-kurangnya tiga hari seminggu dan jika kurang, tiada perubahan dapat dilihat.

Responden yang minum teh selama 10 tahun atau lebih juga mempunyai kadar kepekatan sperma yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak ambil minuman berkenaan.

Namun, penyelidik menekankan kajian itu tidak boleh dikaitkan dengan masalah kesuburan dalam kalangan lelaki memandangkan pelbagai faktor boleh mempengaruhi perkara tersebut, terutamanya melibatkan gaya pemakanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.