Jokowi tak halang protes, tapi jangan kurang ajar

Jokowi tak halang protes, tapi jangan kurang ajar

GOLONGAN mahasiswa turut menyertai protes bantahan kenaikan harga minyak di bulatan Tugu Adipura, Sukabumi, Jawa Barat.-KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengajak rakyat meluahkan pandangan secara beradab berhubung kenaikan harga bahan bakar minyak subsidi (BBM) di negara ini.

Jelasnya, Indonesia adalah negara demokrasi dan rakyat perlu menyalurkan pendapat dengan cara terbaik.

Sejak semalam, beberapa siri demonstrasi diadakan sebagai bantahan menolak kenaikan minyak petrol itu.

Jokowi turut digesa menggugurkan bilangan subordinat bagi Kementerian Kewangan, Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral.

Penyelaras protes bagi cabang Jakarta Selatan, Jundil Waemase menyeru kepada semua mahasiswa, pemuda dan seluruh anggota masyarakat menolak kenaikan harga minyak tersebut.

Aksi tunjuk perasaan berakhir dengan kekecohan selepas peserta cuba melintas kawat berduri yang dipasang di Jalan Medan Merdeka untuk memasuki kawasan Istana Merdeka.

Beberapa mahasiswa juga dilihat melempar botol air ke arah anggota polis sambil menjerit ‘Revolusi, Revolusi, Revolusi’.

Demonstrasi turut diwarnai dengan aksi membakar tayar sehingga menyebabkan kepulan asap hitam menyelubungi kawasan sekeliling.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN